Monday, November 3, 2008

Soalan Latihan

1. Apakah gaya bahasa yang digunakan dalam baris di bawah

…..bagai kuntum bunga yang mulai mekar
…bagai seekor burung yang merendah

A. Personafikasi C. Hiperbola
B. Metafora D. Simile

2. Bagai gunung berapi pendam

A. Metafora C. Sinkof
B. Simile D. Hiperbola

3. Unsur hiperbola dalam baris pantun di bawah ialah

A. hari esok menugal jelai
B. tinggi rumput dari padi
C. kalau mati mana kuburnya
D. seribu tahun kembali jua

4. Pengulangan vokal yang jelas dalam baris di bawah ialah

Negeri Pahang aman sentosa

A. Pengulangan vokal a
B. Pengulangan vokal e
C. Pengulangan vokal i
D. Pengulangan vokal u

5. Yang mengejar tidak berkaki
Yang dikejar tidak berekor

Apakah unsur gaya bahasa di atas ?

A.Epifora C. Alusi
B.Anafora D. Responsi

6. Unsur gaya simile dalam baris yang berikut ialah

A. Umpama lebah membuang sengat
B. Biarlah tulang tercampak ke kota
C. Daripada hidup berputih mata
D. Hilang segala resah dan resan

7. Baris ayat di bawah menunjukkan unsur keindahan bahasa…

Melentur mimpi

A. Personafikasi C. Hiperbola
B. Metafora D. Simile


8. Gaya bahasa yang sesuai untuk menerangkan frasa di bawah ialah…

…….kesuburan budi
…….pancuran mesra

A. Hiperbola C. Anafora
B. Metafora D. Epifora

9. Pilih unsur personafikasi yang dapat dikesan dalam baris berikut

A.Tuhan memberikan ruang dan udara
B.Udara dingin yang mencengkamku
C.Yang cukup panjang buat kita
D.Aku berterima kasih

10. Frasa mendaki bukit-bukit impian mengandungi unsur gaya bahasa

A. Metafora C. Simile
B. Perlambangan D. Repitisi

11. Yang berikut merupakan contoh gaya bahasa yang betul kecuali

A.Imej alam – hari ini menanam padi
B.Inversi – apa yang kurang dikeji jangan
C.Simile – dalam majlis tari menari
D.Sinkof – niat di hati nak buat jasa

12. Pilih contoh yang tidak mengandungi gaya bahasa simile

A.Bagai permata amat berharga
B.Seperti intan sinar baiduri
C.Dunia bagai lautan dalam
D.Gelombang besar karangya tajam

13. Kata di bawah merupakan contoh bahasa
bahari
biti
seturi

A.Moden C. Melayu klasik
B.Istana D. Arab

14. Kelibat senyum matanya masih jua ramah mengandungi unsur gaya bahasa

A.Metafora C. Responsi
B.Personafikasi D. Repitasi

15. Pilih contoh gaya bahasa metafora

A.Kira kau memegang
B.Seluruh jasad
C.Pancuran mesra
D.Perkukuhkan letakmu

No comments: