Monday, November 3, 2008

Pengenalan Gaya Bahasa

GAYA BAHASA

Gaya bahasa ialah penggunaan bahasa yang dipilih dan digunakan untuk menyampaikan suatu maksud. Gaya bahasa merupakan salah satu komponen sastera yang sering disoal dalam Kertas 1 meliputi prosa dan puisi (moden-tradisional)
Jenis-jenis gaya bahasa:
a) Diksi
Pemilihan dan penyusunan bahasa seperti penggunaan kata yang puitis, penggunaan bahasa istana, bahasa klasik,dialek atau penggunaan peribahasa. Contoh, jeritan melangsing tinggi, beta, adinda, sandwich dan benara.
b) Personifikasi
Pemberian sifat manusia kepada benda yang tidak hidup. Contoh, kelibat senyum matanya, ombak berlagu, bulan datang menerpa.
c) Simile
Perbandingan suatu objek menggunakan kata-kata perbandingan.Contoh, sikapmu seperti lalang yang ditiup angin,termanggu-manggu seorang bagai harimau dalam sangkar.
d) Metafora
Penerbitan makna lain daripada makna tersurat. Satu perkataan bersifat konkrit dan satu lagi bersifat abstrak. Contoh, negeri impian, kolam-kolam derita.
e) Hiperbola.
Pemilihan kata yang membawa pernyataan berlebih-lebihan. Contoh, seribu tahun kembali juga, biar tulang tercampak ke kota.
f) Sinkof
Pemendekan atau penyingkatan suatu perkataan. Aku jadi ku, engkau jadi kau. Contoh, mereka merayu kepadaku, kau hanya berangan-angan.
g) Inversi
Dikenali sebagai pembalikan kata, frasa atau rangkai kata dalam ayat. Contoh, telah tumpah gerimis (sepatutnya “gerimis telah tumpah” ), apa yang kurang dikeji jangan (sepatutnya “ apa yang kurang jangan dikeji” )
h) Perlambangan
Perkataan yang digunakan untuk menerangkan suatu benda. Perlambangan digunakan untuk membawa suatu maksud yang berlainan.Contoh, dunia bagai lautan dalam, ayahnya merupakan tembok besar dalam hubungan mereka.
i) Repitasi
Repitasi dibuat bagi menimbulkan kesan penegasan. Ia terdiri daripada pengulangan kata, rangkap, ungkapan, baris dan rangkap. Jenis-jenis repitasi ;
- Anafora ( pengulangan awal baris ) , contoh
Yang mengejar tidak berkaki
Yang dikejar tiada ekor
- Epifora ( pengulangan akhir baris ), contoh
seorang laki sangat indahnya
disambut bidan dikerat pusatnya
- Responsi ( pengulangan di tengah baris atau ayat ), contoh
dalam batang ada daun
dalam daun ada isi

UNSUR BUNYI

Unsur bunyi meninbulkan keindahan dalam sastera. Antara unsur bunyi dalam sastera ialah

a) Asonansi
Pengulangan vokal dalam satu baris, contoh
- tinggal kampung tinggal halaman
- bila bergesel berapi-api

b) Aliterasi
Pengulangan konsonan dalam satu baris, contoh
- hadapi dengan hati yang tabah

c) Rima
Persamaan bunyi pada akhir puisi seperti pantun ( abab ) dan puisi (aaaa )

- Pantun
buah cempedak di luar pagar ( a )
ambil galah tolong jolokkan ( b )
saya budak baru belajar ( a )
kalau salah tolong tunjukkan ( b )

- Syair
Kalau begitu aku berpesan ( a )
Riwayat kita hapuskan kesan ( a )
Supaya tidak berhati bosan ( a )
Hilang resah dan resan ( a )

d) Alusi
Gaya bahasa yang merujuk kepada peristiwa, tokoh atau karya sastera secara tidak langsung. Contoh, sampai adam terjaga

4 comments:

Euronymous said...

woo bagus la ko post pasal nie...aq harap ko terus post lagi pasal komsas2 nie xkire tingkatan brape n ape tajuk die ok....

Ashyra Jasad said...

senang difahami..terima kasih..

Fa Mai said...

pembetulan sikit kat diksi tu.. kenapa ada 'sandwich'?!

Fa Mai said...
This comment has been removed by the author.